Thursday, February 11, 2010

Remaja dan erti cinta

NADIA baru sahaja pulang dari kuliahnya lewat petang ini. Letih kerana jadualnya sangat penuh hari ini. Namun perut yang lapar seolah merengek minta diisi. Dia tidak menjamah apa pun sejak sarapan pagi yang ringkas tadi. Usai membersihkan diri dan bersolat, Nadia mengajak teman sebiliknya Ayu keluar mencari makan di kedai-kedai berhampiran

Kali ini Ayu mengajak Nadia ke kawasan makanan yang terkenal di tempat mereka. Sengaja untuk merasa masakan di situ katanya. Nadia pada mulanya agak keberatan tetapi setelah dipujuk rakannya itu, Nadia bersetuju dengan syarat tidak terlalu lewat untuk pulang.

Setibanya di lokasi kedai makan yang terkenal di kawasan itu, kelihatan ramai muda-mudi berkumpul di kawasan makan dan di ruang-ruang lapang tepi jalan. Bergelak ketawa, bergaul lepas bebas antara lelaki dan perempuan. Nadia berasa kurang selesa, tetapi kerana ajakan rakannya dia mendiamkan diri sahaja.

Sambil menunggu pesanan, mereka berbual mengenai hal kuliah dan keluarga. Namun sekali sekala perbualan mereka terganggu dengan gelagat remaja berhampiran mereka yang sedang makan dan membuat aksi yang kurang sopan di tengah-tengah khalayak ramai.

Ke mana pergi sifat malu mereka ini, anak-anak muda seperti sudah tiada arah pedoman dalam berkawan, getus Nadia dalam hati. Paling malang sekali yang melakukannya adalah saudara-saudara seagama. Lihatlah sahaja di sekeliling masyarakat dewasa ini, kedapatan ramai anak remaja dan muda-mudi yang begitu tergamak melanggar norma-norma tata susila masyarakat dan hukum-hakam Allah apabila mereka asyik dalam lamunan cinta. Tidak hairanlah mereka tanpa segan silu berpegangan tangan, malah ada juga yang sanggup berpeluk-pelukan dan bercumbu-cumbuan di khalayak ramai.

Senario yang meresahkan

Ayu menyedari keresahan Nadia. Dia juga sebenarnya tidak begitu selesa melihat perkembangan sebegitu. Lantas selepas menghabiskan makanan, mereka beredar dari tempat itu dengan segera. Setibanya di rumah sewa mereka, pantas sahaja Ayu membuka perbincangan mengenai apa yang mereka lihat sebentar tadi.

“Nadia, aku tahu kau baru dengan semua ini, maklumlah kau pun baru satu semester di sini. Tapi inilah realiti kehidupan kota. Tiada siapa nak sekat perlakuan dan manusia bebas dengan apa yang mereka mahu lakukan. Orang dah bercinta memanglah begitu. Jika ditegur dikata kita tidak terbuka dan berfikiran kolot. Apa kata orang, cinta itu buta,” luah Ayu serba salah.

“Tetapi cinta tidak bermakna kita menjadi lemah dan sentiasa akur dengan keadaan. Cinta sepatutnya menguatkan pendirian dan jati diri kita. Cinta itu seharusnya mengukuhkan peribadi dan melengkapkan kelompangan diri. Benar, cinta tidak mengenal darjat dan usia. Kerana itulah dikatakan cinta itu buta. Tetapi ia tidak seharusnya membutakan mata manusia daripada melihat kebenaran dan kebatilan. Bukan begitu caranya dalam Islam,” ulas Nadia, gaya seorang pensyarah.

“Ya, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa manusia diciptakan dengan naluri semulajadi untuk mencintai dan menyayangi makhluk yang lain. Ini kerana perasaan cinta itu adalah satu perasaan semulajadi yang tidak dapat dinafikan kewujudannya dalam kamus kehidupan manusia sejagat. Tidak kiralah sama ada cinta pada diri sendiri, pada orang lain, ibu bapa, kawan-kawan dan juga pada pencipta yang Maha Esa. Kesemuanya itu merupakan satu bukti jelas betapa perasaan cinta sememangnya sedia ada dalam diri seseorang manusia,” sambung Nadia panjang lebar lagi.

Matlamat cinta

Ayu mengangguk-angguk tanda setuju sambil menambah, “Ya, aku percaya bahawa cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yang tepat. Mereka perlu tanya pada diri sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya? Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengah jalan? Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh romantis dan indah.”

“Malangnya remaja mudah hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat cinta. Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat. Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan sebagai cinta, maka hubungan sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-puraan sahaja. Hari memperingati kekasih juga misalnya bukanlah budaya orang Islam, dan bukan juga resam orang Melayu atau bangsa lain di negara kita. Tetapi malangnya ramai daripada kita terikut-ikut tanpa menyedari implikasinya,” balas Nadia melengkapkan hujah Ayu.

“Ada di kalangan remaja berpendapat bahawa hidup hanya sekali. Kehidupan remaja yang penuh dengan keseronokan dan kegembiraan hanya sekali. Tempoh itu harus digunakan sepenuhnya untuk bersuka-ria, melakukan dan mengalami apa sahaja yang tergerak di hati dan teringin oleh nafsu. Mereka berpendapat bahawa remaja harus mencuba dan terus mencuba sesuatu yang dilihat terlarang. Sudah dicuba dan dialami, maka barulah diketahui baik buruknya sesuatu. Kalau terlajak pun taubatnya kemudian.”

“Sikap remaja yang seperti ini amat bahaya dan bakal merosakkan. Sekiranya remaja terlajak lazimnya ia menjadi ketagihan. Merokok, mulanya cuba-cuba akhirnya timbul ketagihan. Mengambil ganja mulanya cuba-cuba, akhirnya menjadi ketagih dan akhirnya terjebak dalam perangkap salah guna yang teruk. Bercampur gaul tanpa batasan juga amat menyeronokkan nafsu-nafsi, akhirnya remaja terperangkap dengan salah-laku seks yang juga menimbulkan ketagihan,” ujar Nadia lagi.

“Sudahlah begitu, untuk mencari jalan kembali apabila terlajak, ia amat payah. Lihat saja yang tersadai di Pusat-pusat Serenti atau di penjara kerana salah-guna dadah, anak-anak yang lahir daripada perzinaan dan juga masalah keluarga yang pecah belah, harapan untuk dipulihkan amat tipis sekali. Bayangkan bagaimana potensi tenaga muda disalahguna menyebabkan ia rosak dan menjadi beban pula kepada negara,” tambah Ayu pula.

Nadia teringat ustazahnya pernah menceritakan mengenai konsep cinta semasa di sekolah dahulu. Kata ustazahnya, konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia (habblum minannas) dan Allah (habblum minallah). Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan. Dan percintaan sering dikaitkan dengan matlamat perkahwinan, iaitu ikatan sah antara dua jiwa. Perkahwinan adalah sesuatu yang fitrah bagi manusia kerana bukan sahaja rasa kasih dan sayang dapat diluahkan secara sah, tetapi juga melengkapi keperluan satu sama lain dan mengembangkan zuriat keturunan secara harmoni.

“Tetapi aku percaya bahawa dengan didikan agama yang kukuh dan kawalan daripada ibu bapa mampu menjaga seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang kurang elok. Kadangkala remaja hanya mengikut perasaan, maka ibu bapa juga wajar mengambil tahu akan perubahan tingkah laku dan perasaan anak-anak mereka.

“Nasihat dan bimbingan daripada mereka amatlah penting dalam mendewasakan pemikiran remaja. Media dan sekeliling juga mesti membantu peranan ibubapa dalam hal ini. Jangan pula didikan di rumah dan di sekolah bisa diruntuhkan oleh rancangan-rancangan dalam media mereka. Suatu pihak berusaha membina, suatu pihak meruntuhkannya tanpa disedari,” ulas Nadia.

Ayu mengangguk-angguk tanda setuju dengan kata-kata rakan baiknya itu. Dia sama seperti Nadia, mengharapkan remaja segenerasinya tidak terus hanyut dengan proses pembaratan yang sedang berlaku dewasa ini.

Cinta sejati

Justeru, mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari Tuhan. Dalam erti kata lain, cinta seorang suami kepada isterinya adalah diharuskan. Begitu juga cinta kedua orang ibu bapa terhadap anak-anaknya, cinta seseorang kepada harta bendanya, cinta kepada kenderaan kesayangannya, cinta kepada binatang ternakan dan cinta kepada tanah kebunnya yang luas adalah cinta yang diharuskan oleh Allah Taala kepada umat manusia.

Malah Islam juga menganjurkan setiap Muslim agar mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. Ia adalah sendi akhlak Islam yang tinggi dan terpuji. Memadailah baginda Rasulullah SAW sebagai model terbaik dalam membuktikan kecintaannya yang mendalam kepada para sahabatnya dan segenap lapisan masyarakat umatnya. Itulah contoh cinta ideal yang sewajarnya diikuti dan diterjemahkan dalam realiti kehidupan Muslim masa kini dalam usaha untuk menjana kesatuan ummah yang padu dan jitu dalam mendepani cabaran globalisasi dewasa ini .

( sumber :- Utusan Malaysia Online)

Apa yang penting adalah remaja harus menyedari bahawa hakikat cinta hanyalah kepada Allah semata-mata kerana cinta kepada-Nyalah yang akan kekal abadi.

Tuesday, February 2, 2010

Peguam Syarie Menulis: Pertunangan ada ikatan perjanjian

Oleh Mohamad Isa Abd Ralip

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tindakan putus hubungan tidak haram tetapi tidak digalakkan

PERTUNANGAN bukan sekadar adat yang boleh diambil ringan kerana pertunangan adalah perjanjian antara pihak lelaki dan perempuan yang bersetuju untuk menempuh alam perkahwinan bersama. Oleh itu, janji hendaklah dikota.

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman, tunaikan serta sempurnakan perjanjian kamu." (Surah Al-Maidah, ayat 1). Oleh itu, sesuatu perjanjian termasuk perjanjian untuk berkahwin yang dibuat ketika bertunang tidak boleh ditamatkan melainkan ada alasan munasabah.

Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: "Orang Islam terikat dengan perjanjian mereka dan perkara yang mana mereka sudah bersetuju." (Sahih Muslim).

Pertunangan biasanya diadakan mengikut adat resam sesebuah masyarakat di mana ia dianggap sebagai langkah permulaan kepada perkahwinan. Adat pertunangan boleh diikuti selagi ia tidak bertentangan dengan Islam.

Diriwayatkan oleh Iman Ahmad, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesuatu perkara atau perbuatan yang dianggap sebagai baik oleh masyarakat Islam adalah baik di sisi Allah."

Pertunangan hanya satu perjanjian untuk mengadakan perkahwinan dan tidak mewujudkan perkahwinan itu dengan sendirinya.

Oleh itu, mana-mana pihak berhak untuk membatalkan perjanjian jika ada sebab yang sah bagi membolehkannya berbuat demikian.

Memandangkan pertunangan bukan perkahwinan dan hanya janji untuk berkahwin, maka kebanyakan fuqaha berpendapat pasangan yang bertunang masing-masing boleh memutuskan pertunangan.

Namun begitu, pasangan yang bertunang tidak digalakkan membatalkan pertunangan mereka demi memelihara nama baik perempuan dan keluarganya.

Bagaimanapun, masih ramai yang tidak mengetahui apabila berlakunya putus tunang secara tidak munasabah maka mereka berhak menuntut ganti rugi di Mahkamah Syariah. Jika tiada sebab munasabah, perjanjian seperti itu tidak harus dibatalkan.

Mengenai pembatalan perjanjian pertunangan, Seksyen 15 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan 'jika seseorang sudah mengikat pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau bertulis, bersendirian atau melalui seorang perantaraan dan kemudian enggan berkahwin dengan pihak satu lagi tanpa sebab yang sah manakala pihak satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah perlu memulangkan pemberian pertunangan jika ada atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang sudah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan untuk perkahwinan itu dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam mahkamah.'

Peruntukan itu jelas menunjukkan pihak yang memutuskan tali pertunangan bertanggungjawab memulangkan pemberian pertunangan serta membayar wang yang dibelanjakan bagi tujuan persediaan perkahwinan kepada tunangnya.

Pihak yang dimungkiri juga boleh memohon tindakan mahkamah bagi meminta pihak yang mungkir janji membayar apa-apa juga wang yang sudah dibelanjakan bagi membuat persediaan perkahwinan.

Dalam kes Aishah lawan Jamaludin (1978) J H 104, defendan mungkir perjanjian untuk berkahwin dengan plaintif. Dengan itu, plaintif menuntut pembayaran mas kahwin sebanyak RM25, belanja kahwin RM800 dan plaintif juga mendakwa bahawa berhak untuk menyimpan cincin pertunangan.

Mahkamah Kadi Besar Negeri Kedah memberi penghakiman kepada plaintif dan menentukan defendan membayar ganti rugi mengikut perjanjian pertunangan iaitu mas kahwin RM25 dan belanja kahwin RM800. Plaintif juga berhak untuk menyimpan cincin pertunangan.

Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar plaintif RM25 bagi baju yang sudah disiapkan untuk perkahwinan itu dan RM400 sebagai pembayaran membaiki rumah. Rumah dibaiki sebagai persediaan untuk meraikan perkahwinan itu.

Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah apakah jenis barang boleh dituntut akibat pembatalan pertunangan? Pihak yang dimungkiri berhak menuntut ganti rugi terhadap apa-apa wang yang dibelanjakan dengan suci hati bagi membuat persediaan bagi perkahwinan.

Jika pihak yang dimungkiri membelanjakan sejumlah wang bagi persiapan untuk perkahwinan, maka bayaran ini boleh dituntut daripada pihak yang memungkiri sebagai ganti rugi.

Antara persediaan boleh dituntut adalah wang bagi kad jemputan perkahwinan yang ditempah, wang muka bagi jamuan perkahwinan dan apa-apa persediaan perkahwinan seperti tempahan khemah dan sebagainya. Pihak yang dimungkiri berhak membawa tuntutan di Mahkamah Syariah untuk mendapatkan ganti rugi berdasarkan kepada peruntukan di atas.

Mengikut peruntukan seksyen itu, pemberian pertunangan merujuk kepada pemberian diberi semasa majlis pertunangan atau pemberian yang boleh ditakrifkan sebagai pemberian persediaan perkahwinan.

Oleh itu, bagi pemberian yang diberikan sebelum pertunangan, pemberian berkenaan bukanlah pemberian pertunangan sebaliknya hadiah atau pemberian sebelum wujudnya pertunangan, justeru ia tidak boleh dituntut di mahkamah.

Pemberian diberikan sebelum pertunangan boleh ditakrifkan sebagai hadiah atau hibah. Menurut pandangan ulama Syafie, hadiah pada hakikatnya adalah pemberian (hibah).

Oleh itu, pihak yang membuat pemberian tidak seharusnya menarik balik apa yang diberikan setelah pihak penerima menerima barang, kecuali bapa yang boleh menarik balik apa yang diberikan kepada anaknya.

Bolehlah dikatakan ia adalah sekadar hadiah semasa proses pikat-memikat dan pemberian itu sebagai satu cara untuk memikat dan menawan hati pihak yang satu lagi dengan membuat pelaburan kebendaan.

Oleh kerana pertunangan bukan perkahwinan, cuma janji untuk berkahwin, kebanyakan fuqaha berpendapat pasangan yang bertunang masing-masing boleh membatalkan pertunangan mereka. Ini kerana selagi akad tidak wujud, tanggungjawab dan pertanggungjawaban juga tidak wujud.

Daripada segi akhlak, pasangan bertunang digalakkan tidak membatalkan pertunangan mereka kecuali dalam keadaan tidak dapat dielakkan dan mendesak, demi memelihara nama baik perempuan dan keluarganya.

Maka tidak seharusnya seseorang lelaki itu mengubah fikiran untuk membatalkan pertunangan, kerana itu dianggap memungkiri janji. Hakikatnya, pembatalan pertunangan bukan haram tetapi tidak digalakkan syariat Islam.

Persoalan lain, adakah pihak dimungkiri boleh menuntut ganti rugi am akibat rasa dirinya dianiaya dan dimalukan oleh tindakan suatu pihak lagi. Peruntukan undang-undang tidak memperuntukkan perenggan berkaitan tuntutan keaiban yang boleh dituntut oleh pihak yang dimungkiri.

Asasnya tuntutan ganti rugi keaiban adalah di luar bidang kuasa Mahkamah Syariah kerana tuntutan itu tidak diperuntukkan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Seksyen 15 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

(sumber :- Berita Harian Online)